﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯Easy Install Instructions:﷯﷯﷯1. Copy the Code﷯﷯2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard﷯﷯3. Click on the "Edit HTML" tab.﷯﷯4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.﷯﷯5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, July 21, 2009

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN
SK. TASEK DERMAWAN 23 GOL
VS.
SK. PAKATAN JAYA 12 GOL


Alhamdulillah permainan persahabatan buat julung-julung kalinya di antara skuad SKTD vs SKPJ berjalan dengan lancar. Apa yg. diharapkan menjadi kenyataan, SKTD menang dengan defisit yang besar, syukur alhamdulillah. Walaupun di awal 30 minit pertama setiap pasukan berbalas serangan, namun dengan kehadiran pemain berbakat seperti naim, azmi dan rakan-rakan berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan gol demi gol buat skuad SKTD.

Tahniah buat rakan-rakan seperjuangan kerana sekali lagi mengharungkan nama sekolah. Tahniah juga buat team SKPJ kerana berjaya memberi tentangan yang sengit kepada skuad SKTD. Diharap perlawanan persahabatan seperti ini dapat diadakan lagi untuk menambah tautan silaturrahim & untuk kesehatan jasmani. Tahniah juga kepada Cikgu Azhar kerana turut turun bermain bersama, semangat yang tinggi ditambah lagi dengan kasut yang beliau beli petang tadi menunjukkan kesungguhan di dalam permainan, walaupun hampir pitam Cikgu Azhar menunjukkan azam yang tinggi. Harga kasut di rahsiakan :)

beberapa rakaman gambar yang sempat di ambil tadi, selamat menonton :-)


skuad SKTD sedang 'warming up'


Cikgu 'Zorro' sedang berlari-lari


'Hero' memang selalu datang last sekali

skuad SKPJ bersiap sedia.....

perlawanan bermula........

Cikgu Azhar menayangkan kasut NIKE barunya.... Meor nengok aje....

sedikit cenderahati persahabatan dari Cikgu Shamsulbahri ( PK 1 SKTD )
kepada Cikgu Zulazhar ( PK 1 SKPJ ) selepas tamat perlawanan


Begitulah sudah ringkasan perlawanan pada malam tadi, berjumpa lagi dalam laporan skuad futsal SKTD akan datang.... Wassalam.


1 komen:

Anonymous said...

Syabassss Betteee !!!

È