﷯ ﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯﷯ ﷯﷯﷯﷯Easy Install Instructions:﷯﷯﷯1. Copy the Code﷯﷯2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard﷯﷯3. Click on the "Edit HTML" tab.﷯﷯4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.﷯﷯5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, November 2, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Tahniah kepada SKTD

Tahniah kepada Pn. guru besar Pn Hajah Kamariah dan en Faizal Ahmad Halidi kerana bilik PPDA SKTD telah berjaya mendapat tempat ke-3 peringkat kebangsaan yang telah diumumkan di Johor baru-baru ini......segala usaha yang gigih telah membuahkan hasil... saya bagi pihak skuad futsal SKTD ingin mengucapkan tahniah diatas kejayaan itu.....dan skuad futsal SKTD telah membuka tirai perlawanan pada 2 minggu lepas....nantikan keputusan penuh...



Monday, August 17, 2009

Malam ni pertemuan di antara SK. Tasek Dermawan Vs. SK. Perpaduan
Masa : 10.00pm -11.00pm
Tempat: Extreme Park Tambun

Nantikan laporan perlawanan... lewat sikit....

Thursday, August 13, 2009


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Tuesday, August 11, 2009

Rentetan malam ini....

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN
SK. TASEK DERMAWAN 11 GOL
VS.
PELATIH INSTITUT PERGURUAN IPOH 15 GOL

Assalamualaikum...... Kekalahan kedua kami setelah 2 minggu berehat panjang. Pada mulanya semua bermain dengan agak baik sekali 15 minit pertama, dan seterusnya permainan menjadi serba tak kene bagi pemain kami. Antara faktornya mungkin disebabkan rehat yang panjang & ketiadaan Zul selaku penjaga gol (kursus di Taiping) memudahkan pihak lawan membolosi gawang kami dengan begitu mudah sekali (maklumlah bebudak muda belaka), ditambah lagi dengan 'skill' tersendiri dari pihak lawan untuk menerjah ke gawang kami.

Set piece pertama >

bahagian serangan : naim & meor

pertahanan : azlan & ikhmal


keeper : zoraimi


Set piece kedua >

bahagian serangan : naim & azlan

pertahanan : meor & basri


keeper : zoraimi


Walau bagaimanapun, tahniah sekali lagi kepada semua pemain, mungkin ada beberapa siri perlawanan akan diadakan sebelum menutup tirai untuk memberi laluan kepada bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi.


jumpa lagi pada laporan futsal akan datang. Wassalam.

P/S : pemain yang tidak turun bermain :

1] cikgu shamsul (tidak sehat)

2] cikgu azahar (tiada makluman diterima ketidakhadiran)

3] us. zul (kursus di taiping)




Thursday, August 6, 2009

MALAM SABTU

malam sabtu ini mungkin akan baerlangsung perlawanan di antara SKTD dan juga juara Harian ...... edisi ??????????? sama-samalah kita saksikan.............



Wednesday, August 5, 2009

adus... Ngetor rase kaki nie

emm.. Sejak kene 'sosah' minggu lepas, terasa kejang je kaki niie nk nyepak lg, xda friendly ke minggu nieee? Jgn simpan lame2 nnt sejuk....

Thursday, July 30, 2009

JADIKAN 1 pengalaman

Diharap pasukan SKTD dapat menjadikan perlawanan semalam sebagai 1 pengalaman yang bermakna untuk memperbaiki mutu permainan. Apa pun tahniah kepada pemain yang bertungkus lumus bermain semalam.
mungkin apabila sudah mantap SKTD akan mengajak kembali pasukan tersebut untuk bermain


Pulang membawa guni masing-masing ...... :)

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN
SK. TASEK DERMAWAN 6 GOL
VS.
KPDNKK 20+ GOL

hussshhh.... penat betul perlawanan malam tadi..... berguni-guni gol kami bawak balik mlm tadi..heheheh ... kata orang baru tau langit tinggi rendah. namun apa kan daya tonggak utama kami semuanya ber'penyakit' mudah-mudahan semuanya cepat 'recover' Amin, namun kami pasrah dan redha di atas ketentuan Allah S.W.T. kami bermain diatas semangat kesukanan... itu sahaja. Tapi rasenya bile semua ahli team dah cukup.... kami akan cuba repeat lagi dgn team Kementerian Hal Ehwal Pengguna nie, tunggu dan lihat nanti, apa pun all the kepada semua ahli team SKTD.

Ilal liqa'

Tuesday, July 21, 2009

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN
SK. TASEK DERMAWAN 23 GOL
VS.
SK. PAKATAN JAYA 12 GOL


Alhamdulillah permainan persahabatan buat julung-julung kalinya di antara skuad SKTD vs SKPJ berjalan dengan lancar. Apa yg. diharapkan menjadi kenyataan, SKTD menang dengan defisit yang besar, syukur alhamdulillah. Walaupun di awal 30 minit pertama setiap pasukan berbalas serangan, namun dengan kehadiran pemain berbakat seperti naim, azmi dan rakan-rakan berjaya memecah kebuntuan dengan jaringan gol demi gol buat skuad SKTD.

Tahniah buat rakan-rakan seperjuangan kerana sekali lagi mengharungkan nama sekolah. Tahniah juga buat team SKPJ kerana berjaya memberi tentangan yang sengit kepada skuad SKTD. Diharap perlawanan persahabatan seperti ini dapat diadakan lagi untuk menambah tautan silaturrahim & untuk kesehatan jasmani. Tahniah juga kepada Cikgu Azhar kerana turut turun bermain bersama, semangat yang tinggi ditambah lagi dengan kasut yang beliau beli petang tadi menunjukkan kesungguhan di dalam permainan, walaupun hampir pitam Cikgu Azhar menunjukkan azam yang tinggi. Harga kasut di rahsiakan :)

beberapa rakaman gambar yang sempat di ambil tadi, selamat menonton :-)


skuad SKTD sedang 'warming up'


Cikgu 'Zorro' sedang berlari-lari


'Hero' memang selalu datang last sekali

skuad SKPJ bersiap sedia.....

perlawanan bermula........

Cikgu Azhar menayangkan kasut NIKE barunya.... Meor nengok aje....

sedikit cenderahati persahabatan dari Cikgu Shamsulbahri ( PK 1 SKTD )
kepada Cikgu Zulazhar ( PK 1 SKPJ ) selepas tamat perlawanan


Begitulah sudah ringkasan perlawanan pada malam tadi, berjumpa lagi dalam laporan skuad futsal SKTD akan datang.... Wassalam.


Monday, July 20, 2009

2 Perlawanan Penting

Malam ini akan berlangsung 2 perlawanan yang penting iaitu Pilihan Malaysia vs Manchester United dan SK Tasek Dermawan vs SK Pakatan Jaya............yang akan berlangsung di Bukit Jalil dan Sunway Extreme Tambun Ipoh...

Perlawanan tumpuan malam ini diberikan kepada SKTD dan SKPJ buat julung kalinya mereka bertemu.....perang psikologi telah meletus sejak minggu lepas...marilah beramai-rami menyaksikan perlawanan penting yang sepenting perlawanan malaysia bertemu MU.....

SKTD bakal menurunkan pemain handalan mereka yang telah direhatkan pada perlawanan jumaat lepas ......begitu juga SKPJ yang talah bersiap sedia dengan ramuan strategi bagi menghadapi pasukan SKTD....

apa pun yang penting diharap kedua-dua pasukan akan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi pada perlawanan malam ini......chaiyooo SKTD dan berusaha lah SKPJ ....

Majulah Sukan Untuk Semua


Friday, July 17, 2009

Selayang Pandang........ Skuad SK. Tasek Dermawan

Ramai sahabat tertanya-tanya siapakah gerangan ahli skuad SKTD. Secara ringkasnya di sini boleh lah kami nyatakan individu-individu yang terlibat di dalam skuad utama :

1] Cikgu Shamsulbahri (Pengurus) a.k.a. winger kekadang striker (suka gelecet goalkeeper)

2] Cikgu Basri (Jurulatih) a.k.a. defender kekadang winger, tokey sup gear box sbb tu power

3] Cikgu Hasrunnaim (Striker bulldozer) orang tolak dia orang tu jatuh,dia tolak org pun kompem org tu tergolek :) tp kalau dah pancit jadi defender gak :)

4] Cikgu Meor (Backup striker) selalu datang lambat tapi berbaloi

5] Cikgu Zoraimi (Defender) a.k.a. kekadang solo striker, jolokkan 'Zorro Carlos'

6] Ustaz Zulkifli (Goal keeper) a.k.a. kekadang main defender, jolokan 'Ustaz Rock'

8] Cikgu Azlan (Midfielder)a.k.a. pemain sopan santun, ada sekali sampai termuntah, 'over pressure' kut.

9] Muallim Ikhmal (Defender) a.k.a. kekadang main winger, jenis sepak bola loop, selalu kene marah member bila bola tak sampai :)

OK.. TU SAHAJA DARI KAMI...& KAMI BUKANLAH TEAM YANG TERBAIK.. KAMI CUMA BERMAIN UNTUK KESEHATAN BADAN & MENGERATKAN TALI SILATURRAHIM...

JADI... JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT YANG NAK 'FRIENDLY' DENGAN SKUAD KAMI ... SILALAH BERHUBUNG TOKAN KAMI IAITU USTAZ ZUL DI TALIAN 012-6215797

OK SEKIAN SAHAJA.... MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA..... SALAM................

Perlawanan Tumpuan Bulan ini

Pada 20 julai 2009

Satu perlawanan yang bakal sengit akan berlaku di Sunway Extreme park Tambun dimana pasukan Futsal SKTD akan berentap dengan pasukan yang baru ditubuhkan dimana pemain-pemainnya dipilih dan disaring untuk menjadikan pasukan itu mantap. pasukan yang dimaksudkan ialah pasukan futsal SKPJ (Pakatan Jaya).
Bagi menghadapi pasukan SKPJ, jurulatih pasukan futsal SKTD telah merehatkan beberapa orang pemain utamanya daripada perlawanan malam ini bertemu pasukan GSR FORUM fc

Wednesday, June 17, 2009

kembali dari cuti yg panjang

Malam ini pasukan futsal SKTD akan menjalani sesi latihan yang pertama selepas berehat panjang selama 2 minggu...Latihan ini sempena mempersiapkan diri sebelum bertarung dengan pasukan Sun Guard...semoga mereka akan berlatih dengan gigih.............

Friday, June 12, 2009

futsal sktd bercuti sekejap

sempena cuti sekolah ini para pemain telah berehat bersama keluarga sepanjang cuti sekolah ini.
pasukan ini akan beraksi kembali setalah bermulanya sesi persekolahan nanti dan sekarang ni manager dzul belum sms pemain untuk game seterusnya

selamat bercuti kepada semua pemain dan warga SKTD jgn tak datang sek. 15 hb nanti....


takziah kepada salah seorang pemain kita iaitu faizal kerana bapanya telah pulang ke rahmatullah pada 12/06/2009 lebih kurang pukul 1.00 pagi......marilah kita sama-sama menghadiahkan al-fatihah kepada bapanya...al-fatihah..........semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh.......

Wednesday, May 27, 2009

sesi perbincangan selepas game
taklimat daripada pengadil

santai nampak..............








pemain-pemain futsal sktd
dari kiri atas azlan, naim,ikhmal dan shamshul
dari kiri bawah basri, meor, dzul dan zorro











bersiap sedia menunggu perlawanan pertama............

Monday, May 25, 2009

KARNIVAL FUTSAL & BOLA JARING

Pada 23/5/09 telah dijalankan satu karnival futsal dan bola jaring sempena sambutan hari guru daerah Kinta Utara di padang PPD Kinta anjuran SK Cator Avenue. kira-kira 38 pasukan futsal senior dan 8 pasukan futsal veteran beraksi pada hari itu....SK Tasek Dermawan juga telah menyertai karnival tersebut...Berada dalam kumpulan H bersama-sama SK Sungai Rokam,SMK Tambun dan SMK Raja Perempuan.

Keputusan Pertandingan

SKTD vs SKSR
2 - 0

SKTD vs SMKRP
3 - 1

SKTD vs SMKT
3 - 0

SKTD berjaya memasuki peringkat kedua kerana telah menjadi johan kumpulan.. bertemu dengan SMK Anderson SKTD telah tewas 1-2 walaupun telah mendahului seawal minit ke-2.

Walaupun tewas TAHNIAH kepada pemain-pemain SKTD kerana bertungkus-lumus didalam karnival tersebut dan mencapai sasaran iaitu memasuki pusingan kedua....diharap pada tahun hadapan SKTD dapat melangkah lebih jauh lagi seterusnya menjadi johan .....

È